Jumaat, Mac 30, 2012

KELAS KRK

Kelas KRK dihadiri seramai 12 orang pelajar dari tingkatan 1Zamrud sahaja

Jumaat, Mac 23, 2012

KELAS KRK

14orang pelajar KRK sahaja yang hadir pada hari ini (23.3.2012) di Makmal Komputer 2

Jumaat, Mac 09, 2012

PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DUA

Pelajar kelas KRK Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 menggunakan kemudahan komputer untuk mencari maklumat

Selasa, Jun 28, 2011

KELAS ICTL 2 AMANAH 2011

Pelajar Kelas 2Amanah (KRK) pada hari ini, membuat aktiviti menulis "code" untuk membolehkan pengiraan Aritmetik operasi antara dua nombor (+, -, x, dan bahagi) berfungsi dengan menggunakan Perisian Visual Basic Express yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum




Khamis, Mei 12, 2011

CORAL SPEAKING

Pelajar 1Amanah dan 1Bestari berlatih "Coral Speaking" untuk persembahan pada Hari Guru

Selasa, Mei 10, 2011

CORAL SPEAKING

Murid tingkatan 1 Amanah berlatih "CORAL SPEAKING" untuk persembahan hari guru nanti

Jumaat, Mei 06, 2011

PROGRAM HOME STAY

Program telah berlangsung di SM Sains Hulu Selangor telah disertai oleh seramai 15orang pelajar Kelas Rancangan Khas tingkatan 3Amanah. Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM60.00. Terima kasih kepada semua guru pengiring yang telah menjayakan program ini




Selasa, April 26, 2011

UJIAN 1 PROGRAM PERMATA PINTAR UKM

Seramai 40orang pelajar RK telah menghadiri Ujian Permata Pintar 1 di UKM Bangi.

Selasa, April 05, 2011

Selasa, Mac 29, 2011

KOTORAN YANG MELEKAT




Pelajar RK tingkatan 1Amanah telah berusaha membersihkan papan tulis kelas mereka dengan menggunakan cecair pencuci, air dan bahan seperti tinner. Usaha mereka masih tidak mencapai tahap yang sempurna walaupun berkali-kali mereka berusaha membersihkannya. Walaubagaimana pun, mereka tetap tabah berusaha membersihkannya.

Jumaat, Mac 11, 2011

KELAS ICTL TINGKATAN 1AMANAH

Pelajar tingkatan 1Amanah sedang mendengar penerangan dan belajar mengenai komponen-komponen sistem unit semasa kelas ICTL


Khamis, Januari 27, 2011

PULANG SELEPAS PREP


Pelajar Kelas RK berjalan pulang setelah tamat belajar dan mengulangkaji pelajaran jam 5.00petnag

Rabu, Januari 26, 2011

KELAS ICTL 2AMANAH


Kelas diadakan di dalam jadual pada jam 8.50 - 10.10pagi, setelah sekolah dilaksanakan satu sesi

Sabtu, Januari 22, 2011

PERJUMPAAN PELAJAR KRK

Program KRK yang telah dirancang pada tahun ini:
1. Program Permata Gemilang
2. Program Homestay di SM Sains Hulu Selangor
3. Kelas terancang Cuti Sekolah
4. Perkhemahan Perdana KRK

Ustazah Pn. Hjh. Fadzilah memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Ucapan Penyelaras Program KRK, Pn. Hjh. Asmah

Pn. Hjh. Asmah bt Kasim, Penyelaras Program KRK menerangkan mengenai perancangan tahunan kelas KRK

Semasa berucap di hadapan pelajar KRK, Pn. Hjh. Mazlah mengingatkan pelajar agar bersyukur kerana mereka terpilih memasuki kelas KRK. Program KRK merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar sepatutnya lebih cemerlang kerana mereka sentiasa berada disisi ibu bapa berbanding pelajar yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh yang berjauhan dengan ibu bapa dan terpaksa lebih berdikari.

Rabu, Januari 12, 2011

TAKLIMAT PROGRAM KRK

Satu sesi taklimat program KRK telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin di Bilik Mesyuarat. Antara perkara yang dibincangkan ialah jadual pengawasan PREP yang meliputi tarikh dan guru bertugas. Program telah disusun oleh Penyelaras KRK 2011, Pn. Hjh. Asmah bt Kassim dan dibantu oleh Ustazah Pn. Hjh. Fadzilah.

Isnin, Ogos 09, 2010

PERTANDINGAN MULTIMEDIA



Mereka dikehendaki membuat persembahan mulitmedia menggunakan power point 2007 mengenai SEMESCO sebanyak 5 - 10slaid dalam masa 1jam 10minit (11.50 - 1.00ptg)
Pelajar tingkatan 2Amanah sedang melengkapkan power point mereka

Kehadiran pelajar: 24 orang dari 25 orang

Khamis, Julai 15, 2010

HARI KAD PENYATA 2010

Hari Kad Penyata telah diadakan pada 15.7.2010


Pn. Eda Edna bersama ibu pelajar 1 Amanah
Pn. Jaharah Bt Kader berbincang bersama bapa salah seorang pelajar 2Amanah
Pn. Halimah Edueng guru Tingkatan 3Amanah bersama bapa salah seorang pelajarnya


Selasa, Julai 06, 2010

KELAS ICTL TINGKATAN 2AMANAH DAN 1AMANAH

Kelas tingkatan 2Amanah sedang menghadiri kelas ICTL pada 5/7/2010 (Isnin).
Kehadiran: 17/22 orang pelajar

Pelajar tingkatan 1Amanah telah menghadiri kelas ICTL jam 11.50 - 1.00petang pada 6.7.2010 (Selasa). Kehadiran: 16/22 orang

Isnin, Jun 28, 2010

HOMESTAY

15orang Pelajar Kelas Rancangan Khas telah bertolak ke SM. Sains Hulu Selangor. Mereka akan berada di sana dari 28/6/2010 hingga 2/7/2010. Mereka akan didedahkan dengan suasana kehidupan di asrama, belajar dalam kelas yang telah ditentukan serta bersedia mengikut waktu PREP yang ditetapkan

PERANCANGAN TAHUNAN KRK 2010

1. Taklimat kepada guru-guru RK
2. Pendaftaran pelajar 2010
3. Program Ikrar Pelajar
4. Program Maju Diri
5. Program Permata Gemilang
6. Program Bicara Hati dan Anugerah Permata Gemilang
7. Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibu Bapa RK
8. PREP
9. Cetusan Rasa Luahan Kata
10. Projek t-shirt dan "BUTTON BADGE"
11. Perkhelahan Perdana KRK di Hot Spring Sg. Kelah
12. Program EMaS
13. Program ICTL

AKTIVITI KRK TAHUN 2009

1. Program Permata Gemilang
2. Kelas Program ICTL
3. Program EMaS
4. Kelas Prep
5. Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
6. Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu
7. Ceramah Motivasi Diri
8. Perkhemahan Perdana RK

Semoga program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat melahirkan insan pelajar yang seimbang jasmani,emosi, rohani dan intelek. Sesungguhnya modal insan yang semerlang akademik dan gemilang sahsiah serta mempunyai daya saing, jati diri yang tinggi dapat dilahirkan dalam era globalisasi yang penuh dengan pelbagai cabaran.