Rabu, Disember 30, 2009

TAHNIAH

12orang daripada 17orang pelajar Kelas Rancangan Khas telah berjaya mendapat 8A. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Disamping kecerdasan minda anugerah Ilahi kepada anda semua, jangan lupa, ucapkan sekalong penghargaan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan anda memperolehi kejayaan. Kejayaan anda kebanggaan mereka jua.

Jumaat, Oktober 23, 2009

JAMUAN KRK

Pn. Norlia sedang memberikan ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar kerana telah memberikan kerjasama menjayakan jamuan ini.




Umar Farok b. Shahruzaman sedang membaca doa memulakan majlis (Gambar Atas)




Isnin, Oktober 05, 2009

MAJLIS JAMUAN KRK

Semua guru yang mengajar Kelas RK dan pelajar Kelas RK (Tingkatan 1 - Tingkatan 3) diharap dapat berada di Kantin Sekolah pada 23/10/2009 (Jumaat) mulai jam 3.00petang kerana ada Majlis Jamuan KRK. Senarai tugas akan ditentukan kemudian. Sekian.

Jumaat, Ogos 14, 2009

PROGRAM CYBERKIDS KOMUNITI

Pasukan Cyberkids telah mengadakan khidmat komuniti dengan menganjurkan kursus PhotoScape dan Audacity di Makmal Komputer 2 SMKSC pada 13/8/09 dari jam 3.50petang hingga 6.30petang. Terima kasih kepada khidmat yang telah dicurahkan oleh mereka.

Jumaat, Julai 31, 2009

PREP KRK

Seperti biasa pelajar KRK menghadiri kelas PREP di Makmal Komputer 2


Selasa, Julai 28, 2009

KELAS RELIEF SEJARAH

Pelajar Kelas RK (1 Amanah) ini, sedang menyiapkan persembahan power point untuk mata pelajaran Sejarah.

Kaedah yang sama sedang digunakan oleh pelajar RK ini.

Kesemua pelajar ini sedang menyiapkan tugasan matematik

Jumaat, Julai 24, 2009

KELAS PREP

Kehadiran pada hari ini ialah seramai 16orang

Selasa, Julai 21, 2009

SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga SEMESCO mengalu-alukan kedatangan Pn. Janiah bt Mohd. Shah. Beliau selaku Ketua Pembantu Tadbir N22 yang merupakan anak kelahiran Kg. Sg. Choh Stesen.

Jumaat, Julai 17, 2009

KELAS PREP KRK

Pelajar Kelas RK menghadiri kelas PREP pada hari ini.


Khamis, Julai 16, 2009

KELAS SAINS 3 AMANAH

En. Anuar b. Mahadi sedang mengajar mata pelajaran Sains kepada pelajar tingkatan 3 Amanah.

KELAS ICTL TINGKATAN 1 AMANAH

18orng pelajar telah menghadiri kelas ICTL di Makmal Komputer 2

Rabu, Julai 15, 2009

AKTIVITI KELAS KRK

Pelajar KRK Tingkatan 2 Amanah sedang berbincang mengenai meringkaskan karangan secara berkumpulan

MESYUARAT PERMUAFAKATAN KRK

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC bermula jam 3.30petang.

Jumaat, Julai 10, 2009

KELAS PREP RK

Seramai 16 daripada 26orang pelajar Kelas RK hadir ke kelas PREP pada hari ini.


Jumaat, Jun 19, 2009

UJIAN 1 - PERMATA PINTAR UKM

Seramai 12 orang pelajar KRK telah mengambil ujian kecerdasan minda ini. Ujian tersebut
telah dijalankan secara online di Makmal Komputer 2 dari jam 5.00petang hingga 6.10petang.
9orang pelajar tingkatan 2 manakala seorang pelajar tingkatan 1 Kelas RK telah berminat
mengambil ujian ini.






PERANCANGAN TAHUNAN KRK 2010

1. Taklimat kepada guru-guru RK
2. Pendaftaran pelajar 2010
3. Program Ikrar Pelajar
4. Program Maju Diri
5. Program Permata Gemilang
6. Program Bicara Hati dan Anugerah Permata Gemilang
7. Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibu Bapa RK
8. PREP
9. Cetusan Rasa Luahan Kata
10. Projek t-shirt dan "BUTTON BADGE"
11. Perkhelahan Perdana KRK di Hot Spring Sg. Kelah
12. Program EMaS
13. Program ICTL

AKTIVITI KRK TAHUN 2009

1. Program Permata Gemilang
2. Kelas Program ICTL
3. Program EMaS
4. Kelas Prep
5. Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
6. Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu
7. Ceramah Motivasi Diri
8. Perkhemahan Perdana RK

Semoga program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat melahirkan insan pelajar yang seimbang jasmani,emosi, rohani dan intelek. Sesungguhnya modal insan yang semerlang akademik dan gemilang sahsiah serta mempunyai daya saing, jati diri yang tinggi dapat dilahirkan dalam era globalisasi yang penuh dengan pelbagai cabaran.